Aku hanyalah aku!




images.jpgAku hanya diriku..
Bukan orang lain..
Seorang manusia yang inginkan kehidupan yang bahagia..
Mahukan kebahagiaan yang berpanjangan..
Tapi,,
Apakan daya…
Aku hanyalah seorang manusia..
Yang tidak lepas dari kesilapan..
Tidak terlepas daripada segala khilaf dan nafsu durjana..
Tapi,,
Aku tahu..
Matahari masih setia memancarkan sinarnya..
Pelangi masih lagi riang mengeluarkan 7 warna..
Dan aku..
Masih lagi berpeluang menadah tangan tunduk pada yang Esa..
Memungkinkan hari esok lebih baik daripada hari yang sebelumnya..
Masih mampu memberi secalit senyuman kepada sang alam..
Dan yang penting..
Masih mampu mengecapi kebahagiaan yang aku impikan..
Hanya aku yang mampu mengubah segalanya..
Hanya aku!
Bukan orang lain..


Aku bukan orang sastera


Aku hanya bermadah untuk diriku sahaja,
Aku hanya menulis untuk meluahkan apa yang tersirat,

Aku lebih suka memuntahkan segalanya disini daripada mencarut,memaki,

Aku suka menulis,tapi bukan sastera,
Aku bukan orang sastera,
Aku hanya suka menulis,
Ini hobiku..
Manusia lain mungkin ada diari,
Tapi aku..
Ini diari aku..


Tolong ingatkan aku!

Mungkin tika dulu aku khilaf,
Khilaf dengan alpa dunia,
Khilaf dengan trend yang menjadi ikutan remaja,
Khilaf dengan segala hasutan dan segala bisikan,
Hingga membuatkan diriku bukan aku,
Terjerumus jatuh terjelepok di lantai,
Mendengar mereka tertawa,
Tapi,
Jarum masa tidak mungkin boleh berputar kembali,
Tahun 2011 tidak mungkin boleh singgah ke tahun 2010 sebentar,
Kesilapan yang lama tdak mungkin boleh di rewind,
Tapi,
Segalanya mungkin,
Kesilapan boleh diperbetulkan,
Masa hadapan belum tentu menjanjikan masa yang lepas,
Dan aku,
Tidak akan terus menghanyutkan diri diselubungi masa yang lepas,
Sedangkan aku mempunyai masa hadapan yang lebih bernilai daripada masa yang lepas.
Cuma satu,
Tika aku alpa,
Tolong ingatkan aku!