Monday 1 August 2011


::Sekadar renungan untuk kaum perempuan


Aku sebagai seorang perempuan memang sangat sedih tahap maksimum dah sekarang ni tgk kaum-kaum aku..yurp,aku akui aku bukan bagus sangat tapi apa salahnya kite pandang dari sudut positif. Tengok lah sekarang ni mengikut kajian perempuan lebih ramai berbanding kaum lelaki bak movie 3,2,1 cinta:: nisbah perempuan lelaki 37 nisbah 1(37:1) wey! Dan ada juga hadis mengatakan kalau kita tak boleh mencegahnya dengan tangan cegahlah dengan hati. Aku membebel lak.. ok,point aku kat sini sebenarnya aku sedih zaman sekarang ni kes pengguguran dan pembuangan bayi makin menjadi-jadi. Tahukah korang yang perbuatan tu berdosa besar!truly full of sin! Cuba kita fikir sejenak,,binatang pun sayang anak dia tau..pernah tak tengok kucing “mengeow” kehulu-hilir cari anak dia yang hilang?? Sanggup tinggalkan makanan depan mata semata-mata nak susukan anak dia?? Penuh kasih-sayang kan.. itu binatang,apalagi kita ni manusia..punya akal fikiran dan still waras.. tergamak buang bayi yang tak berdosa n still tak tahu apa-apa lagi. Bayi itu suci lagi. Apa dosa dia kat korang?? Tak sedih ke dengar bayi tu menangis meminta susu tapi ditinggalkan dekat tong sampah?? Bayi tu sampah ke korang nak buang?? pengguguan bayi pun sekarang ni makin menjadi. Apa salah bayi tu kat korang? Korang tahu tak masih ramai lagi kat luar sana tu yang inginkan anak tapi still takde rezeki tapi korang ni yang subur sihat walafiat boleh menggugurkannya. Korang tak terfikir ke kalau satu hari nanti Allah tarik nikmat korang lalu korang tak boleh melahirkan anak lagi? Korang malu??takut  emak ayah marah?? Takut masa hadapan hancur?? Insyaallah,segala masalah boleh diselesaikan. Setiap ibu bapa sayangkan anaknya walaupun sehina manapun. Mungkin mereka tidak terima pada awalnya kerana kecewa dan terkejut tapi lama kelamaan mereka akan terima. Percayalah.. Bertaubatlah sementara kita diberi peluang untuk menghirup udara yang segar. Buka buku baru. Janganlah mudah termakan dengan pujuk rayu pakwe korang tu. Fikirlah,lelaki yang baik akan melindungi dan menjaga kehormatan perempuan yang disayanginya. Ada hadis menyatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Kalau terdetik dekat hati korang sekarang ni korang kata korang bukan tergolong dalam kalangan yang baik tu,ubahlah menjadi yang baik. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kesilapan sendiri. Terpulanglah kepada kita untuk mengubahnya. Nak ke terus hidup dalam penyesalan? Menangis dan meraung bukannya jalan penyelesaian. Cuba muhasabah diri sebelum tidur,tanya diri sendiri “hari ni aku ada buat dosa tak?”. Tanyalah pada diri sendiri setiap hari. Dekatkan lah diri kita pada yang Esa. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka. Ingatlah,jaga kehormatan diri tu. Jangan senang-senang lihat maruah kita diperkotak-katikkan dengan orang yang tidak sepatutnya. Kalau dah gatal sangat kahwin je.  ::PEACE::



0 comments:

Post a Comment