Tuesday 2 August 2011


Pepatah

Kita sering dengar pepatah “tepuk dada tanya selera”. Tetapi ustazah saya kata , “tepuk dada Tanya IMAN”. Saya akui kata ustazah saya itu benar. Selera boleh dikaitkan dengan nafsu. Andaikata kita tersalah pilih “selera” itu, kita mungkin akan tersesat. Apapun,tanyalah iman kamu. Insyaallah,segalanya selamat. Kita juga sering mendengar orang menyebut “jangan jaga tepi kain orang”. Pada pendapat saya,dalam sesetengah aspek jaga tepi kain orang perlu. Ini adalah kerana islam sendiri menyuruh kita mencegah sesuatu yang dilarang. Lebih-lebih lagi zaman era global ni, sikap mengambil tahu dalam kalangan masyarakat itu penting. Ini juga penting untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.Wallahualam..  

0 comments:

Post a Comment